Selasa, 29 Mac 2011

Right through me

pic dari Google Images

Hey! It was already noon.Before that, Salam to all my cute readers.Thanks sebab sudi viewing my blog yang tak sebrape ni.This week is the last week untuk minggu kuliah.Certain kelas dah takde kelas, but for DKA3A, not so early darling.This Thursday kitorang ade kelas yang terAKHIR iaitu Softskill.Seriously malas nak pegi.Can you imagine just one class for that day? And that class lasted for one hour only!.Yang lagi besntnya, report satu hapak tak tulis.Hentam kromo je lah nampaknye nanti.

Back to main topic, why aku letak pic library nie?? sebab sekarang aku dekat library.haha! the best thing is hah! si 'dia' betul2 dekat sebelah meja aku.Agak2 dia cam tak? rasenye ye kot.So sweet.Aku ade wish die tuk exam.Then he wish me back.Youuuuuuuuuuu, I LIKE.Terkejut I ble die masuk library.Then aku ingat dia amik table kat bahagian belakang.Misconceptions,dia choose table right beside me.LOL.Aku bukan la da syok kat dia tapi muka dia tu sejibik macam muke Abg Hafiz yang aku penah minat time mude2 dulu (skolah menengah).Tapi yang ni alim.Jauh la bezanye ngan si Apiz.

Isnin, 28 Mac 2011

Inspired movie


The time has come.FINAL EXAM!!!. ble fikir balik, memang tension.Nak pulak aku yang pointer agak rendah, lagi la.This week kamsis tak bagi kitorang balik coz hari Ahad ade sukaneka.Konsep 100% diorang tukar.Da macam tadika pun ade.So, aku pegi la bilik Ieda, nak jumpe Zana.Zana nak bagi aku citer Eiffel I'm in love.Tup2..aku ternampak movie 3 idiots.Aku dengar citer nie dapat sambutan hangat.Siap ade orang cakap best movie ever gituuu.Aku pun mintak la.Zana kasi! thanks yee..Ternyata movie tu da best.So inspiring.Cam tau2 je aku nak exam and needs some inspired thing.That movie was simple but gives a lot of advice.Antaranye ikatan persahabatan.Dalam movie ni,Rancho (Aamir Khan) langsung tak pentingkan diri dia.Dia selalu ingat kat member2 dia.Bagi advice mcm jgn putus asa and so many more.Kalau nak tau lagi,tengokla sendiri!.Memang film director dia kreatif la wa cakap..aku bgi 11 bintang from 10..

Jumaat, 25 Mac 2011

Teamwork


pic dari Google Images

Rupanye tak ramai yang faham maksud perkataan ni.Bedah (bukan nama sebenar) menjadi salah seorang yang maybe kurang jelas dengan perkataan ni.Kat kartun Wonder Pet pun dah kate "ape yang penting?? kerjasama.." kn?? tapi sayang cik Bedah nie agak blurred.Adoyai,nie sume pasal assignment.Dah name pun keje grouping, kena la buat same-same, kalau tak dapat, cakap la.At least inform kat yang lain.Nie tak, diam je.Time nak pass up assignment baru cakap "wei,aku tak dapat cari la bahan".Kitorang pun cakap la "pegi lah wat kejap,kitorang tunggu".Yang suprise nye bole die cakap "ko antar jela yang ko da wat"..HAH??? what the fish...mne boley camtuu.jangan la langsung tak buat.At least,copy la dari module ke.Susah ke?

Selasa, 22 Mac 2011

Program SMART 2011

Sabtu lepas,aku ade pegi satu program ni.Name program tu,program SMART 2011.Actually program nie just untuk budak-budak yang repeat modul je.Entah kenape aku tetiba terasa nak pegi skali.Aku nie kat poli dah la tak aktif sangat dalam aktiviti kelab, so ade peluang yang setakat dengar ceramah or taklimat yang FREE, why not kan? Amazingly,for the 1st time boleh pulak bangun awal on Saturday.Name pun weekend, so paham-paham jelah.Tentatif program daftar > makan pagi > dengar ceramah > makan tengah hari.Ingat kan penuh satu dewan (dewan kuliah Perdagangan),itu pun tak full.Rasenye pelajar dari jabatan kitorang yang paling ramai.Dengar cerita, sape yang tak datang, kena buat keje amal.Contohnye macam cuci tandas ke (baik bagi cuci Tasik PSA terus!..haha).Tapi still taknak datang.Bukannye seharian pun.Sampai pukul 12.00 tengah hari je.Makan pun orang tanggung.Kan dah save sikit kat situ!. Aku juz pakai baju bengkel coz da takde baju lain.Sampai-sampai je kat JPG,ehh ramai pulak yang pakai ‘dust coat’.Baikk betoool.Hari Sabtu kowt!.Then baru aku tau nape diorang pakai.Mennn, sejuk la duduk dalam dewan.Ditambah lagi sekarang nie musim hujan yang tak menentu,lagila.Pendaftaran start pukul 7.45 pagi, tapi aku tengok macam aku ngan Eyda je yg baru sampai.10 minit kemudian baru la Wana,Mirull and Aiza muncul.Actually ceramah nie pasal teknik teknik belajar.Perggh! Penceramah die seyez SMART!!.Kacuk pulak tu.Program ni dijalankan bersama AITC (Amin Idris Training Consultant).Die nie agak fames jugak la.Setakat nie,dalam 5 buah buku da dia keluarkan(kalau tak silap).Pastu ade jugak keluar kat tv9,radio IKIM.FM,tv Al-Hijrah, dll.Yang aku suke pasal penceramah ni, die tak membosankan.Cara penyampaian sangatlah best.I mean care die bercakap,buat lawak tu sampai kat kitorang.Bukan senang nak bagi ceramah kat budak-budak poli nih.Kalau die nye presentation macam Ustaz Khairul,haaa confem budak poli kate “mesti best kan kalau dengar die ceramah,tak bosan”.Ade satu masa tu time die tunjuk satu video pasal jangan putus asa,aku hampir2 nak nangis.It’s so sad.Seorang atlet nie time sukan Olimpik tahun 1992 (umur aku baru je setahun mase tu),die masuk pertandingan acara larian.Tetibe tengah syok lari dengan harapan nak dapat gold medal,tetibe jugak kaki die cramp.Klimaksnye bile die tetap teruskan larian die sampai garis penamat.Memang aku kagum..In the nutshell,banyak jugaklah yang boleh diambil dari program tu.Buat aku rase confident.Last skali siap ade alumni (kat page FB bahagian discussion) untuk sesape yang pegi program arini.Advance betul.Nie link tuk sape yang nak try tengok pasal this thing www.AminIdris.com

S: Specific
M: Measurerable
A: Action
R: Relevant
T: Time Frame

p/s: Nak add le penceramah nie kat account FB (jgn salah paham ye,juz kalau2 nak mintak pandangan kerrr…)

Khamis, 17 Mac 2011

Separuh jalan




"ok,besok awak semua takde kelas.Tapi awak kena dengar taklimat pasal dadah tepat pukul 8 pagi dekat dewan kuliah mekanikal.Wajib.Kehadiran diambil"-Pn Jazlina.Huh? kelas takde? Nikmat nikmat.Tapi kena dengar ceramah pulak.Lemah lutut mendengarnya.Satu lagi,pasni nampaknye kena la cari masa untuk buat kelas ganti pulak.Adoyai.Asyik2 kelas ganti.Orang makin nak habis semester makin takde kelas,nie terbalik lak.Dush!.Sebagai student yang agak 'baik',aku pegi ok.Tapi separuh jalan je.Dah la dapat seat yang tak comfort langsung,dewan tu full kot.Panas.After all,aku pun tengah sakit perut,so memang takde mood nak dengar orang cakap panjang lebar.Budak lelaki pulak haram nak datang.Yang datang just Mirul,Syafiq and Luqman.Yang lain atas katil lagi agaknye.Dahla semalam ada football match.Nanti kalau Pn Jaz tanya datang ke tak,cakap jela yang kitorang nie datang.At least,kehadiran yang pertam tu kan diambil.Nasib baik la kad matrik aku da jumpe,kalau tak nak kene mengadap lagi 'seseorang'..tak sanggup gue..haha.



Sabtu, 12 Mac 2011

Antara detik-detik cemas semasa gempa bumi berlaku


Antara video yang sempat dirakam oleh mereka yang ketika itu berada di Pasaraya.Actually ade banyak lagi.Korang boleh search je kat Youtube.Ini salah satu diantaranya yang saya nak share.Sebagaimana yang kita tahu,kesan yang berlaku selepas kejadian amatlah teruk.Antaranya ialah kehilangan nyawa,kerosakan harta benda,ekonomi lumpuh dan sebagainya.So,bersyukurlah kita tinggal di tanah air tercinta iaitu Malaysia yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik (tempat dimana tidak terjadinya gempa bumi and tsunami).Walaubagaimana pun,kita tak terkecuali dari kejadian Allah SWT.

Shocking Friday

Salam~ Berita sensasi.Negara matahari terbit,iaitu di perairan timur laut Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat bermagnitud 8.9 pada Skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu dilapor akan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (sumber Utusan Malaysia).Fuhh,kuat tu.Tak dapat nak dibayangkan.Firstly aku tak tau menahu pun pasal ni.Itupun mama yang citer kat aku.Mama kate gempa bumi nie lagi kuat dari yang lepas kat Indonesia tu.Kalau camtu tsunami maybe akan terjadi.Tadi mase nak search kt Google,terbace pulak yang dia bagi amaran dekat kawasan sekitar Pacific Region mungkin akan berlaku skali lagi gempa bumi kesan dari yang berlaku kat Jepun tu.Aku ni bab Geografi memang tak reti sangat then aku cari la kawasan yang disebut tu.Alhamdullilah,Malaysia tak termasuk dalam senarai tu.Tapi kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku.Jiran terdekat,Indonesia ada dalam senarai negara yang dikeluarkan amaran.Paras air laut pun dijangka akan naik.Penduduk yang tinggal disekitar pantai pun dinasihat supaya tak buat aktiviti melibatkan laut.Amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan untuk orang yang tinggal disekitar pantai.

Kalau nak tengok video boleh pegi kat link ni-http://www.youtube.com/citizentube?feature=ticker#p/c/0870831CE43351E1/1/x9QNzGY0qxw.Kat sini ade bnyak video yang diupload oleh mereka yang sempat merakam detik-detik cemas ketika berlakunya gempa bumi itu.Kalau nak lebih update,rajinkanla jari tu untuk 'google' (search) pasal bencana alam ni.

Rabu, 9 Mac 2011

Semakin Teruk


pic dari Google Images


Pe yang semakin teruk tu? Pe lagi kalau bukan my skin.Ishh..makin teruk kulit aku menggelupas.And sekarang dah mula terasa pedih.Especially bile nak amik air sembahyang or nak pakai gamat gel yang abah belikan tu.Muka aku kadang-kadang boleh tetiba je jadi kering.Then muke aku jadi tegang sampai nak cakap pun susah.Aku sendiri pun tak tau ape la yang aku allergic.Yela,makan ape pun same je jadinye.Balik rumah Jumaat ni ingat nak pegi klinik.Nak dapatkan ubat.Ramai sangat dah yang tegur.Nampak perubahan ketara.


Pic dari Google Images


ROSAk! Boleh pulak dua-dua plug kat dalam bilik rosak.Aiseymann,camne ni.Tak jalan la kerja aku camni.Nak gosok,charge handphone,laptop lagi..Bile fikir balik memang seksa.TERpaksa pegi tumpang bilik orang kalau nak pakai plug.Benda nie start when budak sebelah tu nak tumpang kitorang nye plug.Diorang nak pasang extension.Then bile check balik da tak boleh pakai.Kalau buat aduan kat Pejabat Warden pun bukan terus diorang take action pun.Tu pun lepas 10 kali baru la nak gerak (kalau ye bertuah la badan!)Nasib baik da nak abis sem,takde pening sangat..

Isnin, 7 Mac 2011

UploAd tymeeE!

Huhu..akhirnye ade jugak picz kenangan kat Port Dickson~ Sume nie hasil ehsan cik Khaleeda kite yang sudi meminjamkan fonnye kepada kami...

time bertolak pegi..1st time naik bas Poli..





 time malam perasmian..





Sha pun ikut skali~




Sha,Hani,Syira & me <3 <3!


Yahooo! I dapat mug time tukar-tukar hadiah..




Sempat lagi nak tangkap gambar time gotong-royong kat Pantai Teluk Kemang



kitorang join misi menyelamat mangsa2 perang



jalan2 Port Dickson (nie kat Muzium Tentera Darat)



basikal zaman P.Ramlee..limited edition ok.Da takde kat pasaran taw!





Ini dia kapal yang akan kitorang beli tuk buat hiasan kat umah..

Last but not least,satu video (walaupun aku takde dalam nie)..













Ahad, 6 Mac 2011

Sedetik Lebih

Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi2
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Disini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Lagu oleh Shahila-Memori Tercipta

Salam..Lagu tu menggambarkan kenangan aku pegi PD(ewaahhh).Sebelum aku lupe,baik aku catat awal-awal.Entri nie still lagi pasal trip to PD.Yela,aku dah lame sangat tak pegi holiday.Dah la pegi ngan budak2 poli,so agak meriah la disitu.Story kali nie pasal last day aku kat Port Dickson,Negeri Sembilan.Aku dilantik untuk jadi ketua untuk aktiviti gotong-royong dekat Pantai Teluk Kemang.Ni mesti Mieyla punye pasal.Dia yang handle aktiviti nie.It’s okay actually.Aku tak kisah pun.As a ketua untuk group 4,aku kena bertolak pukul 6.45 pagi.Kumpul kat depan Pusat Islam.Pergh! awal kot.Same waktu time nak pegi kelas pulak.Kitorang tak naik bas tapi naik coaster.Muat2 je kitorang duduk dalam tu.Kate je pukul 6.45 bertolak.Last2 pukul 7.15 pun tak gerak lagi.Aiseyy,baik bangun lewat sikit.Itupun Kak Ida kejutkan.Kalau tak mahu terlajak tido.Sampai je kat pantai,kitorang diberi taklimat.Group aku bergabung ngan group 3.Ketua die budak sem2.Shahirul (tak tau betul ke tak ejaan nie).Sporting betul dia.Friendly orang kata.Kitorang kena bersihkan pantai a.k.a kutip sampah yang ade kat sekitar kitorang punye tempat yang dah ditetapkan.Tak banyak pun.Sebab ada orang yang dah sapu2 kat situ.Thanks yee.hehe.Kitorang ditugaskan tuk buat benda alah tu for 2 hours.Tapi tak sampai 2 jam da siap.Kitorang pun masing2 buat la aktiviti sendiri.Aku n Khaleeda sibuk nak bergambar.Yang lain aku tak tau.Dalam group aku,sorang je budak poli PD,so dia bnyak ngan member2 die.Terasa jugak.Tapi biar la.Da setel aktiviti tu,kitorang ada game pulak.Tarik tali.Dah lame aku tak main.Aku pun join laa.Abg Hakim,Abg Hafiz pun join in.Lawan budak Poli PD.Ada 3 set.1st kitorang menang.2nd set kalah.Tapi yang paling penting kitorang menang set yang ke-3.Memang havoc.Depan orang ramai kat pantai (hari Sabtu la katakan.).Habis game kitorang makan tengahari.Pukul 3 camtu,Kitorang bersiap2 nak pegi muzium Tentera Darat.Time pgi muzium,aku dapat chance kot nak jalan ngan Abg Hakim.Kitorang ramai2 (termasuk geng Mira Noty) masuk terowong.Bestla.Tapi takdelah setiap masa nak dekat ngan Abg Hakim sentiasa.Nanti die ingat aku syok kat dia pulak.Pleeasee.Aku ingat pastu terus balik Shah Alam.Tapi tak.Dia bagi masa dalam 1½ jam gitu,bagi kitorang jalan kat area pasar malam.Pe lagi,jalan2 la kan?aku tak beli pape pun,tapi Tini beli shawl.Aku just beli kek je (makan lagi!).Dalam 6.30 camtu baru bas gerak balik Shah Alam.Yeay! aku satu bas ngan Abang H.hehe.I Like sgt!.Abg Khairul ade beli otak2,then die passkan kat sesape yang nak makan.Thanx ye abg.On day balik,Pakcik Murat tu pasang cerita Ali Setan.Kelakar la skrip cerita tu.Agaknye ade satu masa tu senyap je,abg Khairul boleh pulak main tiup bubble dalam bas.Macam budak kecik.Tapi okay.At least abg Khairul cube buat bas tu happening.Then on da way balik,Abg Hafiz ada offer nak makan wafer (actually bukan dia punye).Ishh mestila aku ambik.Abg Hafiz kot yang offer.ngee~.Dah sampai poli,abg Hafiz kate kalau ada sampah tolong kutip? baik abang! Then aku da ready nak buang sampah sendiri nie,Suddenly dia datang dia tanya “ade sampah tak?” aku cakap ade.Dia hulur tangan dia yang da ada sampah tu kat aku.Ehh..terpegang pulak jari die (accident okay!).Sori ye abg.Itu lah last time (untuk hari nie je okay)aku jumpe dia.Harap2 jumpe dia kat poli.Harapan aku dapat jumpe dia just kat food court je.Aku penah da nampak abg Khairul.Tapi aku nak jumpe abg Hafiz (penah skali bertembung kt food court).Then bas hantar kitorang yang duduk kamsis kat area hostel.Tak sabar nak tengok pic2 yg ade.Nanti aku nak mintak kat Azira gambar yang Abg Alias n yg lain-lain capture.Pasni confirm aku tak nak miss perjumpaan SRN.

p/s : Tak sabar nak tunggu kem BTN (Biro Tatanegara) pulak.Yang tu confem bezz sebab kem tu amik student dari seluruh M’sia.Dengar citer buat kat Penang.

Sabtu, 5 Mac 2011

Port Dickson

Salam.Last time pegi PD time kecik2 dulu.Itu pun orang yang bawak kite.But yang best kali nie aku pegi Politeknik Port Dickson.For the 1st time naik bas poli.Selesa kowt.Bertolak pukul 3.50 petang and sampai kat poli PD pukul 5.15 petang camtu.Huuu..besar la poli nie.Jauh beza ngan kamsis PSA.Time nak check-in untuk bilik.Aku da rancang nak satu bilik ngan Sha.Tup2 dapat satu bilik ngan budak poli PD.Aiseymann,malu la camni.Tapi yang best nye aku dapat sorang roomate baru (Kak Ida).Amik course DEM.Akak tu ramah sangat.Akak tu JPK bahagian Biro Kerohanian.Lembut je cara dia cakap.Tadi pukul 9 start aktiviti.Aku satu group dengan sorang lelaki nie (satu kelas dengan Kak Ida) and akak sem 6 (DEU).Kitorang ada main tukar2 hadiah.Yang aku mampu bagi juz coklat je.Tetiba aku "terperasan" yang buddy Sha macam ku pernah lihat.Bila tanya kat Sha,budak tu satu skool dengan aku.Jadi JPP.Tapi aku kurang pasti kalau dia tu senior satu batch dengan aku or junior.Tak sabar nak upload pic2 hasil lawatan ni..hehe

p/s : Thanks to Kak Ida.Baru je kenal tak sampai sehari da bagi chance online gune lappy die.'WiFi' la katakan..

Khamis, 3 Mac 2011

Serabut

Salam.Memang serabut time tengahari tadi.Why? Sebab aku punye grouping work (pasal meeting) serabut sangat.Dengan dialog yang kureng sempurna,report tertinggal name 2 ahli and senang citer keje kitorang la yang aku rase paling sakai sekali.Nie la akibat buat keje last minit.Berterabur.Hari nak present baru sibuk nak bincang.Kalau group laen aku tengok da best je.Sume da siap.Salah sendiri kalau keje tak perfect kan??


pic dari Google image

Hmm, pagi tadi mama ada call dalam pukul 7 pagi camtu.Tanye pasal praktikal aku.Then mama bagitau jugak yang uming akan masuk ward Selasa nie.Aku baru rancang taknak balik this week coz aku kan pegi Poli PD, so ingat nak rest je kat kamsis Sabtu tu.Kalau aku tak penat sangat maybe aku balik (takut balik dari PD malam!),takpun suruh je kaklong amik.Nak jugak jenguk uming before uming kena bedah.Forever love~

Rabu, 2 Mac 2011

Buang masa

huhu..believe it or not at this time aku still duduk kat library dengan my roomate Sha.Kenape?? Sebabnya boleh online free.Baru aku tau ape password tuk online kat library.This week I'm gonna go to politeknik Port Dickson follow kelab SRN.Youuu..tak sabar kowt.Dah lame tak jalan-jalan.Not forgetting Tini & Khaleeda pun pegi jugak (thanks to Azira!).Actually aku tak tau nak tulis pe so aku tercurik satu picture nie (even tak jelas sangat gamba aku) kat budak kelas aku nye pesbook..


Meriah nampak gayanye kan?? That's my class.Sentiasa bising and kecoh..Most important budak baik still wujud dalam kelas ni iaitu yang pakai tudung pink tu.Hehehe..jangan marah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments